VKMB 1021
PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
TUGASAN 2
MASYARAKAT BERETIKA
KUMPULAN 15
BIL
|
NAMA
|
NO MATRIKS
|
1
|
MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN NOH
|
269138
|
2
|
MOHD AMIRRUDDIN BIN PUTIT
|
269368
|
3
|
NORZAN ANAK UATE
|
269380
|
4
|
UMMAIRAH BINTI MARJUNI
|
269310
|
5
|
MUHAMMAD NABIL BIN ABD MANAF
|
269136
|
KAMPUS: UUMKL
PENSYARAH: DR MAWARNY BINTI MD REJAB
TARIKH: 27 SEPTEMBER 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat, kami sebagai pelajar-pelajar dari UUMPACE Kampus KL telah memilih untuk menjalankan satu aktiviti kemasyarakatan berkaitan dengan tajuk yang diberi iaitu " Masyarakat Beretika".
Sebagai pelajar yang prihatin dan peka kepada kebajikan kepada masyarakat, kami telah memilih tajuk ini dan butiran seperti berikut:
Lokasi: Sekolah Menengah Seri Gombak, Gombak Selangor.
Tarikh Cadangan: 30 Oktober 2020
Masa: Waktu Persekolahan.
Peserta: Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5
Kami memilih satu program kemasyarakatan yang dilakukan di Sekolah Menengah adalah kerana:
Objektif kami
Memupuk masyarakat yang beretika sejak dari bangku sekolah lagi, sasaran remaja lingkungan 16-17 tahun.
Menyemai nilai-nilai murni, penerapan disiplin dan semangat kasih sayang diantara anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang penuh berwibawa dan cintakan agama, bangsa dan tanahair.
Menerapkan unsur-unsur etika yang akan menjadikan seseorang itu membentuk keperibadian yang sempurna melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Sebagai satu langkah sokongan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak bangsa dan memberikan khidmat masyarakat kami sebagai pelajar-pelajar UUM PACE.
Satu usaha murni yang kami ingin berkongsi ilmu dan kemahiran kami demi menyemaikan rasa cinta kami kepada negara Malaysia yang kami sayangi ini.
Contoh-contoh Latihan Dalam Kumpulan ( LDK) yang kami cadangkan.LDK 1 - Tarikan Kasih
Objektif;
-melatih kerjasama antara ahli kumpulan
-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta
-melatih sifat kepimpinan peserta
Kaedah;
-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut
-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing
-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut.
LDK 2 -Telefon rosak
Objektif;
-melatih sifat peka dalam diri peserta
-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir
Langkah;
-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat
-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut
-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tersebut dalam bentuk lukisan
LDK 3 - Akukah Itu?
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif :
1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.
Langkah :
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.
3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan. 6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/ Rumusan :
1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita.
LDK 4 - Menaiki Rakit
Tajuk : ‘Menaiki Rakit’
Sasaran : Semua Golongan
Objektif Aktiviti :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
Senarai Peralatan : Kertas Suratkhabar
Jangka Masa : 45 minit
Langkah- Langkah :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar di atas lantai
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan)
Falsafah :
1. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama adalaha penting.
3. Tidak mementingkan diri sendiri dalam saat kesusahan bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
3. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
4. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.
LDK 5 - Puzzle dan Lukisan
MASA: 30 minit
Alat : kad manila berbentuk segiempat yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang sama.
BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad.
OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan diminta untuk mengambil satu keratan kad sahaja.
2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari 5 lagi keratan kad manila yang lain untuk dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna.
3. Apabila satu segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut akan mambentuk satu kumpulan.
4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki contohnya gambar bola, kasut dan sebagainya dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenam-enam keratan kad tersebut.
5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan.
Nilai murni dan sopan santun masyarakat Malaysia semakin lama semakin terhakis. Etika berasal daripada perkataan 'ethos' (Greek) yang didefinisikan sebagai keperibadian dan akhlak, merangkumi aspek prinsip dan kelakuan individu mengenai kepercayaan antara betul dan salah. Etika juga merangkumi tingkah laku seseorang yang menggambarkan sesebuah masyarakat. Dari perspektif Islam, etika amat penting kerana Islam menggariskan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, tawaduk dan wasatiyyah dengan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.Etika dan nilai murni yang baik amat penting kepada diri seseorang individu kerana ia berupaya membantu memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara. Etika dan nilai murni milik generasi muda kini kian pudar selaras dengan perkembangan teknologi yang dikecapi. Penggunaan media sosial telah digunakan sebagai platform oleh generasi muda bagi mengkritik, menempelak dan meluahkan perasaan atas segala aspek yang dirasakan tidak adil pad perspektif mereka.
Ini menyebabkan nilai murni dan sopan santun masyarakat Malaysia semakin lama semakin terhakis. Etika berasal daripada perkataan 'ethos' (Greek) yang didefinisikan sebagai keperibadian dan akhlak, merangkumi aspek prinsip dan kelakuan individu mengenai kepercayaan antara betul dan salah. Etika juga merangkumi tingkah laku seseorang yang menggambarkan sesebuah masyarakat. Dari perspektif Islam, etika amat penting kerana Islam menggariskan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, tawaduk dan wasatiyyah dengan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.
Etika dan nilai murni yang baik amat penting kepada diri seseorang individu kerana ia berupaya membantu memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat kami berikan setelah apa yang kami cadangkan ini, Latihan Dalam Kumpulan ( LDK) ini boleh memberikan impak yang positif dikalangan anak-anak muda. Diharap cadangan ini dapat diterapkan demi membentuk masyarakat yang beretika dan mempunyai nilai-nilai murni.