Friday 10 April 2020

MOHD AMIRUDDIN BIN PUTIT 269368


BERCUTI DI SABAH BERSAMA  KELUARGA..
Hello geng! Aku mulakan entry aku pada hari ini dengan rasa ceria kerana baru sahaja mengimbau kembali kenangan bercuti di Kundasang, Sabah pada bulan Disember 2019. Fuhhh! Sebelum ni aku memang tak pernah lagi sampai ke Sabah walaupun negeri tersebut hanya berjiran dengan negeri kelahiranku, Sarawak. Bukan kerana aku tak pernah nak ke sana, tapi sebab aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai seorang polis menghalang hasratku untuk bercuti ke sana, lebih-lebih lagi kini aku berkerja di IPD Shah Alam.
Sebelum aku masuk lebih mendalam tentang percutian aku di Sabah, aku nak cerita sikit background aku. Aku berkerja sebagai seorang anggota polis di IPD Shah Alam, berpangkat koperal. Kini aku menetap di Shah Alam bersama isteri aku dan dua anak aku yang comel. Tugas ku sebagai seorang anggota polis boleh dikatakan sebagai memenatkan, di mana selepas kerja aku lebih banyak berehat di rumah. Ni lah sebab aku ni tak terfikir nak bercuti sebelum ni.
Namun, wife aku ni jenis yang suka berjalan and bercuti. Family mentua aku pun sama. Tiap tahun ada je plan ke sana sini nak bercuti. Cuma aku jarang nak ikut sebab tugas aku ni. Hati aku terdetik nak bercuti pada tahun 2019 sebab rasanya aku dah lama tak pergi bercuti daripada kerja and pergi tempat-tempat menarik. Lagipun, aku anggap bercuti pergi Sabah ni hadiah untuk isteri and anak-anak aku sempena ‘anniversary’ perkahwinan kitorang. So aku pun bagitau la hajat tu kat wife aku. Bukan main seronok dia! Tapi dengan syarat aku choose tempat bercuti. So aku cakap la pergi Sabah. Fuhhhh tak sangka aku boleh jugak jejak kaki kat ‘Negeri Bawah Bayu’ tu.
Masa plan tu, aku cakap la dengan wife aku suruh ajak family dia sekali. Baru happening sikit kan? So family mentua aku pun setuju. Yela, dah family kaki jalan memang setuju la kan? So aku tak fikir panjang, aku roger bos cakap nak minta cuti hujung tahun. Terkejut bos sebab aku jarang minta cuti hahahaha! Tapi bab2 tiket kapal terbang semua and nak pergi mana kat Sabah nanti semua aku suruh wife aku settle. Yelah aku ni mana reti benda2 macam tu. Aku tau tangkap orang salah, bawak gi balai je hahahaha!
So setelah penat menunggu berbulan-bulan akhirnya aku berlepas dari KLIA 2 ke Sabah pada 19 Disember 2019 bersama fmily dan family mentua aku. Anak-anak aku bukan main seronok lagi sebab tu first time naik ‘belon’ (kapal terbang dalam bahasa Sarawak). Lagi-lagi anak aku yang bongsu, bukan main lagi dia asyik tengok je kat luar tingkap tengok pemandangan langit. Dalam 2 jam 30 minit, kitorang pun sampai kat Kota Kinabalu International Airport. Perghhh lain macam weh sejuk kat Sabah ni walaupun dah 7 malam waktu aku sampai tu! Bukan tu je, 7 malam kat Sabah dah macam 9 malam kita kat sini. Cepat gelap weh kat sini!
Penat naik flight, duduk dulu la kat airport hehehe
Lepas rehat jap kat airport Kota Kinabalu tu, kitorang terus gerak pergi hotel kat Kundasang. Kundasang ni tak jauh pun dari Kota Kinabalu, dalam 10 kilometer je. So takde la rasa sangat. Sampai je hotel, kitorang unpack dulu barang2 and decide esok baru nak keluar jalan-jalan. Sebab yela sampai pun dah lewat. So makan pun makan kat kedai2 area hotel tu. Esok baru nak cari makanan yang rare2 kat Sabah ni!

Hari kedua kami di Sabah baru kitorang start jalan2. First destination kitorang ialah Desa Cattle Dairy Farm. Desa Cattle Dairy Farm ni terletak kat atas bukit sikit kawasan dia. So parking dia kat bawah, and then kena naik anak tangga sikit baru sampai atas tu. Desa Cattle Dairy Farm ni senang cerita tempat yang bagus untuk pencinta-pencinta haiwan (aku memang kurang sikit, tapi anak-anak aku suka la). Kat sana ada lembu, kambing, kuda and macam-macam tumbuh-tumbuhan. Kat Desa Cattle Daily Farm ni, anak-anak aku memang suka gila sebab diorang memang minat benda2 flora and fauna. Aku pulak risau sebab diorang ni langsung tak takut nak pegang binatang-binatang tu. Relax je anak-anak aku bagi makan rumput kat kuda and lembu kat sana. Siap tanya boleh tak nak naik atas kuda tu!


Yang kecik hujung tu pun nak bagi makan jugak hahahaha

Dah penat seharian kat Desa Cattle Daily Farm, kitorang memang cari makanan la. Makanan yang kat Sabah ni senang cerita memang untung kat orang yang hantu seafood! Sebab seafood sini murah2, fresh pulak tu! Memang kat sini aku tak ingat dah ayam tu apa. Sebab aku kenal udang, ikan dan sotong je hahahaha! Dahla murah, sedap pulak tu.
Udang butter, fresh dari laut, RM10 je satu pinggan banyak ni!

Second day kat Sabah kitorang pergi jalan-jalan kat kaki Gunung Kinabalu. Kaki Gunung Kinabalu ni memang tak jauh dari Kundasang, so tak jauh pun nak drive. Tapi satu je, situ memang sejuk lain macam weh! Sebab kaki gunung kan, memang sejuk la. Aku tak boleh bayangkan kalau kat puncak dia macam mana. Sejuk macam mana pun, pemandangan kat kaki Gunung Kinabalu tu Masya Allah cantiknya! Hijau je mata memandang. Langsung takde pencemaran bunyi, senyap je. Tenang je bila aku kat kaki Gunung Kinabalu tu. Aku terpegun jap, sebab yela sebelum ni asyik menghadap jalan jem je kat Shah Alam tu hahaha..
 My family kat kaki Gunung Kinabalu


Pemandangan di kaki Guung Kinabalu

Kat kaki Gunung Kinabalu tu pun ada penempatan. Penduduk-penduduk kat situ memang jaga kebersihan alam sekitar. Aku tak jumpa satu langsung pun kat kaki gunung tu. Sambil-sambil berjalan tu, aku sempat jugak bersembang dengan penduduk kat situ. Bila aku bersembang dengan penduduk kat situ, aku baru sedar yang bahasa mereka ni macam Bahasa Melayu baku. Plus, bahasa diorang guna sangat lembut dan sopan bila bersembang. Cuma pekat dialek Sabah ni memang boleh detect la bila kita bersembang dengan diorang. Terbuka jugak la mata aku betapa banyaknya kepebagaian bahasa dan budaya kat Malaysia ni.
Last day kitorang kat Sabah adalah aku rasa hari paling best sepanjang kat sana. Sebab kitorang pergi Pulau Manukan! Pulau Manukan ni adalah sebuah pulau yang terletak di pesisir pantai kat Kota Kinabalu. Kira pulau ni pulau yang paling famous la kat Sabah ni.. Dia famous bukan je sebab dia cantik, tapi aktiviti yang ada kat sana seronok weh! Jernih air kat sana tu lain macam. Tapi nak pergi pulau tu kitorang kena naik bot dulu dalam 20 minit dari Kota Kinabalu baru sampai Pulau Manukan. 
Otw ke Pulau Manukan menaiki bot
Kat Pulau Manukan ni, pantai dia putih je aku tengok, air dia pun biru je! Senang cerita memang tu pantai idaman la. Tapi yang paling best is ada aktiviti jet ski! Tu memang benda paling aku tunggu-tunggu la. Aku ni memang suka aktiviti lasak, to bila dengar ada jet ski tu, aku la paling happy hahaha! Jet ski ni memang sesuai la aku suggest kat korang yang minat aktiviti lasak tu. Tapi anak-anak aku takleh la nak ikut main sebab bahaya. So aku jela main sementara wife aku jaga anak-anak aku. Anak aku yang sulung tu sampai menangis nak main sebab dia minat main benda-benda air ni.
Tapi bila main jet ski ni yang paling aku tak boleh lupa bila aku jatuh dari air. Sebab jet ski ni dia laju and berat weh nak handle. So memang susah jugak la nak control tu. Tula, siapa suruh nak pecut laju-laju lagi kan? Kan dah jatuh hahaha.. Tapi seronok main jet ski ni lebih-lebih lagi bila dia melompat-lompat kena gelombang air bila kau pecut tu. Fuhhh memang tak boleh lupa perasaan tu! Selain tu, aku naik jugak banana boat. Banana boat ni bot yang ditarik oleh bot berenjin untuk kau bergerak. So bila naik banana boat ni, tourist guide ni bawak la kitorang pusing pulau. Baru aku sedar Pulau Manukan ni besar rupanya. Tapi tula, banana boat ni lagi senang kau nak jatuh sebab dia tak stable sangat. Banyak kali jugak aku jatuh dari banana boat tu!

Banana boat

Sampai di sini dulu entry aku kali ni kat blog ni. Rindu jugak aku nak kembali ke Sabah. Lagi-lagi kat Pulau Manukan tu memang menepati jiwa aku. Aku harap nanti aku boleh kembali bercuti dengan family aku ke Sabah pada masa akan datang. Okay guys, jumpa lagi di next entry! OKAYBAKALAKAU!!!

No comments:

Post a Comment

MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN NOH 269138

Bekerja, Berkeluarga.... Belajar? Apabila kita dah meniti satu pengalaman hidup dengan bekerja dan berkeluarga, cuma ada satu perk...

Calender