Friday 10 April 2020

NORZAN ANAK UATE 269380


KAUM SELAKO DI SARAWAK..
Yuhouuu, so kali ini aku ingin cerita tentang salah satu kaum di Sarawak. Sudah pastinya kalian tahu bahawa Sarawak mempunyai banyak kaum, antaranya ialah kaum Iban, kaum Bidayuh, kaum Kenyah dan kaum Selako. Jadi kali ini aku akan bercerita tentang kaum aku iaitu kaum Selako. Aku akan bercerita tentang, pakaian, makanan perayaan dan adat kaum aku. Jadi apa tunggu lagi, mari kita mula.
1 Jun adalah tarikh yang amat dinantikan oleh orang Sarawak, kerana masa ini kami akan berkumpul bersama keluarga, saudara mara dan kawan-kawan untuk meraikan Hari Gawai. Seperti dalam gambar, itulah salah satu aktivti yang kaum kami akan lakukan pada 1 Jun. Selalunya sekumpulan penari dan pemain alat musik tradisional akan menari dan bermain alat musik dari rumah pertama sehinggalah rumah terakhir di kampung. Setiap penghuni rumah akan berasa sangat teruja untuk menerima kedatangan mereka, kerana kedatangan mereka dianggap sebagai membawa tuah/rezeki. Bukan sahaja penari dan pemain alat musik akan berjalan, malah penduduk kampung juga akan turut serta dalam meramaikan suasana. Gambar di bawah akan menunjukkan betapa meriahnya sambutan hari gawai untuk kaum kami. 
Mesti kalian tertanya-tanya apa yang kami hidangkan pada Hari Gawai. Kaum kami sama seperti kaum yang lain, kami juga menghidangkan kueh-muih, kek lapis Sarawak dan yang paling penting, biskut dan minuman. Bercerita tentang minuman, orang selalu bertanya, adakah wajib untuk kami minum minuman beralkohol? Sebenarnya, ianya bukan satu kewajiban kepada kaum kami untuk meminum minuman itu, ianya bergantung kepada pendiriaan seseorang. Masih dalam cerita makanan, makanan yang paling sedap dan jarang dijumpai adalah nasi yang dibungkus dari daun dan dimasak dalam buluh. Panggilan untuk nama makanan itu adalah “Bontong”. Selain itu, ada juga kueh seperti kueh “Tumpik” atau lebih dikenali sebagai kueh penjaram dan juga seperti kewajiban iaitu lemang.
So itu sahaja untuk kali ini cerita tentang kaum aku. Kita akan berjumpa lagi di blog yang seterusnya dan aku akan terangkan lebih lagi tentang keistimewaan kaum selako kepada kamu semua. Jadi terima kasih kerana sudi untuk membaca cerita aku dan jangan lupa untuk baca blog yang seterusnya.Bye,Bye…


No comments:

Post a Comment

MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN NOH 269138

Bekerja, Berkeluarga.... Belajar? Apabila kita dah meniti satu pengalaman hidup dengan bekerja dan berkeluarga, cuma ada satu perk...

Calender