Friday 10 April 2020

UMMAIRAH BINTI MARJUNI 269310


BURASAK HIDANGAN WAJIB DI HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Menikmati Burasak pada setiap perayaan Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha. Memandangkan kampung saya di Pontian, Johor, maka tidak hairanlah kalau saya dapat menikmati makanan ini kerana warga pontian di negeri ini kebanyakannya datang dari daerah yang berbeza di sekitar Johor. Jika ada kalangan mereka yang asal dari keturunan Bugis atau Banjar dari daerah Pontian atau Batu Pahat misalnya, maka Burasak menjadi salah satu hidangan wajib pada hari raya.

Apakah Burasak ?

Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya digoreng tanpa minyak. Setelah digoreng, ia kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis. ( Sumber : Wikipedia )


RESEPI MEMBUAT BURASAK
Bahan-bahan (untuk 10 orang)
·        Beras Wangi 1kg,
·        Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
·        garam secukup rasa.
·        Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
·        Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.

CARA-CARA MEMBUAT BURASAK
1.      Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih api dikecilkan.

2.      Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api.

3.      Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.

4.      Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata.

5.      Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

CARA MEMBUNGKUS BURASAK
·        Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu).

CARA MENGIKAT BURASAK
·        Susun bungkusan berlima dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.



CARA  MEMASAK BURASAK
·        Rebus burasak selama 8-10 jam. Lagi enak lebih dripada itu (sebaiknya direbus dalam periuk besar kayu api yang marak) Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua. Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Lazimnya Burasak lebih enak dimakan bersama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan .Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.
Wah, ni dah macam edisi khas makanan orang Bugis ni.hehe.Kalau anda memang asal dari keturunan Bugis, maka wajiblah anda tahu  atau belajar cara membuatnya kan ? Saya pun belasah je makan apa yang ada time pi marhaban hari tu.Kalau tak rasa, sampai bila saya pun tak akan tahu Burasak tu apa kebendanya..ok. Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN NOH 269138

Bekerja, Berkeluarga.... Belajar? Apabila kita dah meniti satu pengalaman hidup dengan bekerja dan berkeluarga, cuma ada satu perk...

Calender